sayang demo !

November 24, 2011

Lawak petang khamis

Kereta RM10
Hari tu memang ceria untuk Ajoi. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai. Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.

Ajoi: Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap
Peminta Sedekah: Kenapa nak?
Ajoi: tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik
Peminta Sedekah: Kenapa nak minta balik?
Ajoi: Saya tak cukup RM10 nak beli kereta
Peminta Sedekah: Kereta apa anak nak beli?
Ajoi: Proton je pakcik
Peminta Sedekah: Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20
Ajoi: Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...
Peminta Sedekah: Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton
 
pinjam duit 
Suki: Apa hal ni Joi? , macam ada masalah aja.
Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.
Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?
Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,
Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?
Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).

 
Pak Pandir pergi zoo
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu."Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"



Liana memalukan keluarga 
"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana."Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ... anak awak nie dah mengaku... ... issshhh... ... ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.Liana dah nekad apa terjadi... . jadilah... .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat... .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!... ... .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut... .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya... . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani... . dia dah boleh terbang...

 
Duda bertemu janda 
Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

1 comment:

Kamsahamnida! (^_^)