sayang demo !

February 17, 2012

tazkirah jumaat ~ Tips Berkesan Bagaimana Utk Mengekalkan Hubungan Baik Dgn Kawan...

 Assalmualaikum =)
Jumaat dtg lg =p

Mcm biasa lah kan setiap jumaat je
Haruss lah kita saling ingt mengingati
Antara satu sma lain
Tu lah untung nya kawan kan =p
Saling nasihat menasihati
Saling tolong menolongi **opss yg baek je taw
Kiranya saling melengkapi lah
Haishh ustazah ni wat dah **hahahaha

Hari ni entry ttg kawan ye
Maklum le dua tiga menjak ni
Asyik jd pendengar setia je kan
sesekali ustazah nk la jg bg motivasi **hehehe
ha…bc kat bawah ni ha =p

Islam menyuruh kita utk berkenal-kenalan dgn seberapa ramai org yg blh.. Ada byk kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.. Antaranya kawan kita blh menjadi:
* tempat kita meluah perasaan
* teman utk kita berborak & bertukar-tukar fikiran
* blh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
* blh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
* blh juga jadi penasihat kita kalau kita dlm kebuntuan
* Dan byk lagi laaa…

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu..!
Bermaksud, kita digalakkan utk berkawan dgn seberapa ramai org yg blh.. Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dpt mengekalkan hubungan baik dgn kawan kita yg sedia ada..? Apakah caranya utk kita kekalkan hubungan dgn kawan2 kita..?

Berikut ini ustazah kongsikan 6 tips berkesan bagaimana utk mengekalkan hubungan baik dgn kawan2 kita..

1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu & bila nak berpisah pun, ucap juga salam kpdnya.. Fahami maksud kalimah salam itu & ucapkanlah dgn penuh keikhlasan & dgn niat kita berdoa kpd Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dlm sabdanya: "Sesungguhnya manusia yg paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yg memulakan salam." (Hadith riwayat Abu Daud)

2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ; "Tak kenal, maka tak cinta".. Bermakna anda kena betul2 mengenali siapa kawan anda.. Adakah anda tahu faham perangai kawan2 anda..? Apa kelemahan mereka..? Apa kelebihan mereka..? Dgn mengenali mereka sebnr2nya, anda dgn mudah dpt bertolak ansur & memaafkan sekrnya berlaku perselisihan pendapat.. Jadi, kenali mereka & layan mereka mengikut personaliti mereka..

3. Menjadi pembela kpd kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kpd mereka.. Kalau ada org lain cerita keburukan mereka, jgn la anda mengiakan pula.. Anda kena menafikannya & cover mereka sebaik mungkin.. Cerita tentang kebaikan mereka.. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat & menyebelahi kawan anda..

4. Saling memaafkan
Kdg2 berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dgn kawan anda.. Itu pkr biasa.. Kita kan manusia biasa.. Sdgkan lidah lagi tergigit maa.... Yg penting, anda jgn mudah ambil hati.. Saling bermaafanlah dgn kawan anda.. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia.. Kalau anda pula yg telah melukakan hati dia (samada secara sengaja @ tdk), anda jgn segan utk minta maaf. Minta maaf & kira kosong2 balik..

5. Setia dlm persahabatan
Jgn khianati persahabatan anda.. Cthnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya & minta dirahsiakan.. Jgn pula anda jaja cerita tu pada org lain.. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia & tdk mendedahkan keburukan kawan2 anda kpd org lain.. Jgn sekali2 TIKAM BELAKANG kawan anda..

6. Saling mendoakan
Jgn lupa utk doakan kebaikan utk kawan2 anda.. Sebutlah nama mereka dlm doa anda.. Doa adalah senjata yg paling ampuh dlm mengekalkan hubungan.. Doakan apa saja kebaikan utk kawan anda.. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dgn kawan2 sentiasa baik, mesra & berkasih sayang antara sesama anda..

pssttt…ustazah syg suma kwn2 ustazah tau =p

9 comments:

  1. sy bersyukur kerana mempunyai rakan2 yang sanggup menerima diri sy pada hari yang baik dan hari yang buruk.kekadang paling buruk.mereka menerima sy yang seadanya... :)

    ReplyDelete
  2. Amin..!! Moga ALLAH melindungi dan merahmati hubungan kita dan sahabat kita..

    ReplyDelete
  3. ukhuwah filah abadan abada... =)

    ReplyDelete
  4. salam ustazah..

    kalau bab membela tu mcmn yer?

    andai kwn kite melanggar pembonceng motosikal..

    die bgth polis tu pembawa motosikal tu x bagi signal tuk membelok..

    tetapi hakikatnya die memberi signal..

    adakah kite tetap perlu membelanya?

    ReplyDelete
  5. oke oke,, tok suke tips nieh!!!!! :D

    ReplyDelete
  6. ok..insya allah limah akn cube jage sebaek2 ny ^_^

    ReplyDelete
  7. semoga kita adalah kawan terbaik buat kengkawan2 kita =)

    ReplyDelete
  8. sentiasa mendoakan tu mmg la wajib. ade berkat die. :)

    ReplyDelete

Kamsahamnida! (^_^)