selamat hr jumaat
wahh..jumaat menjelma lg ye
jd seperti biasa haruslah ustazah mulakan**wahh2 ustazah ni wat dah
tazkirah utk kita sama2 menghayati**chewahh
hari ini berkenaan dgn hikmat "ayat kursi"
Dalam sebuah hadis,ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah.
selamat beramal ye
psttt....hari ni kg ustazah ada ceramah agama dan knduri kat masjid.
so harusslah ustazah mghadirkan diri ye =)
alhamdulillah,, banyak kelebihan ayat nie.. baguslah dihafal.. :)
ReplyDeletebanyak kan fadhilat dia.cuma kita je yang malas nak amalkan.hmmm
ReplyDeletesubhanaALLAH.. info yang menarik..!
ReplyDeletejgn lupa tgk alkuliah ptg ni, tajuk best.. :)
ha...jom sama2 kita amalkan tiap hari =)
ReplyDeletealhamdulillah..syukran atas perkongsian
ReplyDelete@محمد شهريل القنيطري same2,nk jwb dlm bhsa arab kang salah plak nti =)
ReplyDelete