sayang demo !

November 29, 2012

kalo dah jodoh...

Assalamualaikum
Moga sihat hendaknya ;p

Korang ada terbaca x cita yg kat bwh tu?
Ada msuk tv kot.ai x perasan la plak smp sembang2 ms brekpes td tkeluar cita ni.lorh
Rupanya selang sebuah dgn rumah kwn ai.hehehe sblm ni ai slalu g umah dia tp x perasan la plak budak ni.maybe sbb waktu tu x pemes kot ;p


Wajah pengantin pompuan tu x nmpk cam 13 thn pun kann..

KULIM: Pengantin muda, Mohd Fahmi Alias, menolak tanggapan bahawa tindakannya mengahwini Nor Fazira Saad yang hanya akan berusia 13 tahun bulan depan didorong oleh nafsu dan tidak akan bertahan lama.Mohd Fahmi, 19, yang membantu bapanya menjalankan perniagaan keluarga mengangkut minyak sawit berkata, beliau mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga tidak akan menghalang isteri mudanya untuk meneruskan pengajian.“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya berjanji untuk menjaganya sepanjang hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit di Padang Serai, dekat sini, pada Sabtu.
Sementara itu Nor Fazira berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan hidup Mohd Fahmi.Pasangan itu telah diakadnikahkan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November selepas Mahkamah Syariah di Kulim memberikan persetujuan pada 7 November.Keluarga pengantin lelaki juga sudah mengadakan keduri doa selamat sebagai sebahagian daripada tradisi menyambut menantu.Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai persepsi masyarakat mengenai perkahwinan mereka, Mohd Fahmi berkata: “Adalah lebih baik berkahwin awal berbanding jika menjalinkan hubungan yang haram.“Sejak keluarga kami memberi restu, tidak ada sebab untuk kami terus melambatkan penyatuan ini,” katanya, sambil menambah bahawa mereka telah dikenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun.Nor Fazira, yang menamatkan persekolahan selepas UPSR tahun lepas, berkata dia bercadang untuk meneruskan pengajian selepas suaminya memberi galakan untuk berbuat demikian.
“InsyaAllah, saya akan meneruskan pengajian menengah saya,” katanya

**muda ke,tua ke,kalo dah jodoh x kemana kann…yg penting hubungan tu ‚‘halal‘ di sisi Allah

Psst! Arini ai dikejutkan dgn berita pemergian 2 org insan yg penting dlm hidup mereka.salah srgnya ayh kpd bloger Nurul & juga ayh kpd kwn opismate ai.al-fatihah & takziah kpd mereka.

27 comments:

  1. selamat pengantin baru semoga berkekalan selamanya

    ReplyDelete
  2. Betul tu ai..kaalau dah jodohhkan.. mmg xkenama...

    psstt..! pengantin laki pun tak nampak mcm 19 kan...

    alfatihah...takziah buat nurul sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  3. Jodoh diorg kan..smg mereka bkekalan hingga akhr hayat amin..tgu cik aii pulak la..hihii

    ReplyDelete
  4. haah la...pengantin pompuan tu nmpk dah 20an, deqla yg nmpk mcm 13 tahun sebnrnya...hahaha... terbalik sudahhh...semestinya dah jodoh..tp sebaiknye jgn gunakan alasan takot terjebak dgn maksiat sbb tu nikah muda..nafsu ni dah jadi kewajipan kite la kan utk tahan..bkn je dgn cara trs nikah...apapun, bgs tindakan depa ni..takot x thn sgt tu yg nikah cpt..hikhik... :p

    ReplyDelete
  5. yup, dah sampai seru mereka la tu..eheheheh..hope mereka berbahagia selamanya..

    ReplyDelete
  6. wah kiranya Ai penah sembang dgn org femes la ni.hehe selamat pengantin baru untuk kedua-dua pengantin.

    ReplyDelete
  7. Dah jodoh..Redha ja la...tu yg Terbaik buat depa... Al Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  8. :) semoga kebahagiaan dan jodoh mereka berkekekalan dunia akhirat amin~


    takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete
  9. serius nampak matured diorang berdua tu. rezeki dapat kawen awal. kira sporting jugak la mak bapak dua2 pengantin tu. huhu..

    ReplyDelete
  10. hahahaha cemburu aku...cemburu aku....huhuhuu

    ReplyDelete
  11. dah jodoh mereka.. betul juga kata mereka tu.. ddaripada terjebak ke kancah maksiat.. baik nikah je

    ReplyDelete
  12. kalau dah jodoh tak kemana. betullah tu.
    Tak apa lah dia pilih jalan nikah awal. Lelaki 19 tahun dah ok..kena kuat , semangat ujian Allah kena tahu hikmahnya.
    Berfikir juga ya..apapun wallahualam pada usia gadis tu.

    ReplyDelete
  13. sesungguhnya soal jodoh tarikh umur semua dah tertulis sblm kita lahir lagikan..alhamdulillah apa yg dorang wat dh dpt pahala..

    ReplyDelete
  14. Dah jodoh. CiM pown kawin muda dulu, alhamdulillah bahagia..

    ReplyDelete
  15. kalau dah jodoh tak kemana kan ai n jagau..eh tetiba lak..hahhahaha



    Alfatihah untuk keluarga nurul dan kawan ai tu....

    ReplyDelete
  16. wowowowo Mama Lela..
    smbung dr watsap ke sini ke...jgn wat gosip kat sini wooo nti org lain baca bleh nangis dah la Jagau pnya entry cintaku ttgal kat lgkawi.kahkahkah :)

    ReplyDelete
  17. hahahaha....kantoi Ai.
    rupanya yepppppppp...

    **tak salah perempuan yg mulakan dulu, zaman skang ni bukan mcm dulu tunggu org dtg meminang kat rumah. Kalau Ai ada suka seseorg, Ai mesti berani tanya, takpun gunakan org ketiga yg penting boleh dipercayai. CiM dulu kawin muda, lagilah tak kenal langsung bakal suami yg dulunya kawan arwah abg. Abg yg mengaturkan segalanya sbb dia tak suka CiM kawan dgn ex-bf dulu. So, arwah abg yg menjadi org tengah antara kami. Arwah abg tau CiM akan menurut katanya sbb CiM sgt mempercayainya. Alhamdulillah kami bahagia.

    Jagau, okey tak?

    ReplyDelete
  18. semoga jodoh mereka berkekalan hendaknya AMIN....

    p/s : al fatihah gak buat mereka...

    ReplyDelete
  19. matured nyeee muke kedue pengantin. mcm 20an. :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah...mungkin itu yg terbaik utk mereka...semoga ikatan akan berkekalan...amin...

    ReplyDelete
  21. yg penting kena bersedia dr segi emosi, rohani & material~

    p/s:baca dari buku Hilal Asyraf 'Sebelum Aku Bernikah' ..hehe~

    Takziah & Al-fatihah untuk mereka.

    ReplyDelete
  22. kalau jodoh tak kemana..tq aii n takziah n Al-fatihah juga untuk arwah bapa kawan aii tuh

    ReplyDelete

Kamsahamnida! (^_^)